Lelaki OKU lemas dalam kolam dekat rumah

Kolam di mana mangsa ditemukan lemas.
Kolam di mana mangsa ditemukan lemas.
A
A
A

MACHANG – Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 29 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumahnya di Kampung Binjai, Labok di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.16 malam apabila mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan

"Dia kemudainnya telah dibawa ke Hospital Machang dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumahnya di Kampung Binjai, Labok di Machang pada Khamis.
Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumahnya di Kampung Binjai, Labok di Machang pada Khamis.

"Hasil pemeriksaan fizikal mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya semasa dihubungi pada Jumaat.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Ujarnya, masyarakat diseru supaya sentiasa mengawasi ahli keluarga yang berstatus OKU khususnya dalam persekitaran berisiko bagi mengelak kejadian seumpama ini berulang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!