Ibu bapa tidak perlu bimbang, penuntut di Madinah akur arahan

Bangunan pengajian kuliah lengang susulan sesi pembelajaran diadakan secara atas talian.
Bangunan pengajian kuliah lengang susulan sesi pembelajaran diadakan secara atas talian.
A
A
A

ALOR SETAR - Pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah memaklumkan mereka berada dalam keadaan selamat dan dipantau pihak pengurusan pusat pengajian berkenaan berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Mereka turut dilarang keluar ke tempat terbuka dan tempat awam

Pelajar Hathim Adly Shahrin, 25, berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai aspek keselamatan anak kerana pengurusan menjaga kebajikan pelajar bagi mengelakkan jangkitan virus Covid-19.

Hathim Adly
Hathim Adly

“Kami harap ibu bapa, keluarga rakan-rakan lain tidak bimbang dengan situasi di sini kerana pengurusan universiti mengambil langkah pencegahan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pelajar semester enam tahun tiga Kursus Syariah itu berkata, semua kelas turut dibatalkan dan sesi pengajian dikendalikan secara atas talian.

“Pembelajaran secara online tidak mengalami sebarang masalah kerana pihak universiti menyediakan wifi dengan kelajuan tinggi. Pihak pengurusan universiti juga melarang semua aktiviti dalam kampus seperti penggunaan kafe termasuk iktikaf di masjid,” katanya.

Menurutnya, walaupun jarak dari Universiti Madinah ke Masjidil Nabawi hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dengan menaiki kereta namun semua pelajar dilarang meninggalkan kampus.

Artikel Berkaitan:

Kerusi dan meja kafe universiti disimpan bagi mengelak penuntut makan di situ, hanya dibenarkan membeli makanan untuk dimakan di blok penginapan masing-masing.
Kerusi dan meja kafe universiti disimpan bagi mengelak penuntut makan di situ, hanya dibenarkan membeli makanan untuk dimakan di blok penginapan masing-masing.

“Kebanyakan pelajar dari Malaysia tinggal di asrama universiti itu kecuali sebilangan mereka yang telah berkahwin menetap di luar,” katanya.

Hathim Adly berkata, bagi mengelak pergerakan pelajar keluar masuk ke universiti, pintu gerbang universiti ditutup namun pelajar masih dibenarkan membeli makanan di kafe dan makan di blok penginapan masing-masing.

“Belum ada kes dilaporkan membabitkan pelajar di sini setakat ini. Pihak hospital di universiti termasuk Hospital King Fahd yang terletak lebih kurang tiga kilometer dari kampus sentiasa memantau dan memberi perkhidmatan kepada warga kampus,” katanya.