Abang maut, adik parah terlanggar dahan pokok melintang atas jalan

Dahan pokok yang pokok yang patah dan melintang di tengah jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran kawasan Kandang awal pagi Selasa.
Dahan pokok yang pokok yang patah dan melintang di tengah jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran kawasan Kandang awal pagi Selasa.
A
A
A

MELAKA – Tragedi menyayat hati menimpa dua beradik apabila motosikal mereka terlanggar dahan pokok yang patah dan melintang di tengah jalan di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) berhampiran kawasan Kandang, di sini awal pagi Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, mengakibatkan Muhammad Fauzy Borhan, 33, maut di tempat kejadian, manakala adiknya, Muhammad Naim, 30, mengalami kecederaan serius di kepala dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Tampin menuju ke Muar, Johor, masing-masing menunggang motosikal Yamaha NVX dan Yamaha Y15.

Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) berhampiran kawasan Kandang awal pagi Selasa.
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) berhampiran kawasan Kandang awal pagi Selasa.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, terdapat dahan pokok yang patah dan melintang di atas jalan di Lebuh AMJ itu.

“Motosikal kedua-dua mangsa gagal mengelak lalu terlanggar halangan terbabit menyebabkan dua beradik itu tercampak ke hadapan.

“Muhammad Fauzy mengalami kecederaan parah di muka sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan manakala adiknya parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, kejadian berlaku dalam keadaan hujan dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mahupun saksi yang dapat memberi keterangan.

Artikel Berkaitan:

“Pol 61 yang ditemui turut dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum mayat dituntut waris keluarga,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!