Covid-19: Suasana RTC tenang, peniaga patuh arahan

Persekitaran pasar tenang sahaja walaupun masing-masing berjaga-jaga dengan penularan wabak tersebut.
Persekitaran pasar tenang sahaja walaupun masing-masing berjaga-jaga dengan penularan wabak tersebut.
A
A
A

KOTA BHARU - Peniaga di Pasar Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Wakaf Che Yeh menjalankan perniagaan seperti biasa dengan memakai topeng muka untuk keselamatan diri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan, bermula hari ini.

Tinjauan Sinar Harian di RTC itu mendapati mereka mempunyai inisiatif sendiri menggunakan tuala kecil dan

walaupun topeng muka didakwa sukar di dapati.

Harga barangan juga terkawal dan tiada pembelian panik di pasar tani tumpuan ramai itu.

Pembeli tetap terdedah dengan risiko jangkitan jika tidak menggunakan topeng sebaik mungkin.
Pembeli tetap terdedah dengan risiko jangkitan jika tidak menggunakan topeng sebaik mungkin.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Na ketika ditemui berkata, walaupun bimbang untuk keluar berniaga namun dia tetap menguatkan semangat untuk mencari rezeki.

"Apabila kerajaan membenarkan kami berniaga, aktiviti ini diteruskan tetapi dengan langkah berjaga-jaga. Pakai topeng muka dan selalu dan selalu mencuci tangan.

"Nak buat macam mana, kalau tidak berniaga, tiada sumber pendapatan. Orang ramai pun putus bekalan makanan nanti. Cuma sama-samalah kita jaga kebersihan diri dan patuh pada arahan kerajaan. Lepas beli barang, terus balik rumah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan juga mendapati bekalan ayam, ikan, sayur dan pelbagai lagi barangan yang dijual di pasar tersebut mencukupi seperti yang dimaklumkan kerajaan.

Salah seorang peniaga mengenakan topeng muka untuk keselamatan dirinya.
Salah seorang peniaga mengenakan topeng muka untuk keselamatan dirinya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!