Bidaan nombor pendaftaran SIS sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

Kementerian Pengangkutan menerusi JPJ akan menawarkan bidaan kepada orang awam secara dalam talian melalui sistem JPJeBid.

Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Anthony Loke (kanan) dan Aedy Fadly (kiri) di Istana Bukit Kayangan di sini.
Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Anthony Loke (kanan) dan Aedy Fadly (kiri) di Istana Bukit Kayangan di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri SIS sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-80 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Disember ini.

Tanda indeks NPI yang membawa maksud ‘Sultan Idris Shah’, Sultan Selangor kesembilan itu juga bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan baginda pada tahun depan.

Selangor Royal Office dalam kenyataan memaklumkan, Kementerian Pengangkutan menerusi JPJ akan menawarkan bidaan kepada orang awam secara dalam talian melalui sistem JPJeBid.

“Bidaan akan dibuka bermula 15 hingga 19 Ogos ini manakala keputusan pada keesokan harinya,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Kenyataan itu menjelaskan, penawaran tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui sistem JPJeBid.

“Harga bidaan adalah mengikut harga minimum yang telah ditetapkan oleh JPJ,” tambahnya.

Menurutnya, sebahagian hasil jualan NPI itu akan disalurkan ke sebuah yayasan di bawah naungan Sultan Selangor.

“Ia akan digunakan bagi aktiviti kebajikan termasuk biasiswa dan dana kecemasan kepada golongan memerlukan seperti tragedi bencana alam,” jelasnya.

Tambahnya, yayasan berkenaan akan dipengerusikan Ahli Dewan Diraja Selangor yang juga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim dan akan diuruskan tertakluk kepada prosedur serta tadbir urus yang telus.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, JPJ akan menjadi satu-satunya entiti yang menguruskan penjualan NPI tersebut dan tiada pihak ketiga terlibat dalam proses berkenaan.

Jumaat lalu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli di Istana Bukit Kayangan di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!