Peguam Sophia Albarakbah serah bahan bukti kepada polis

Sophia Albarakbah
Sophia Albarakbah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam kepada pelakon sensasi, Sophia Albarakbah telah menyerahkan bahan bukti kepada polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan artis itu yang mengalami tekanan emosi akibat menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan sedang dijalankan pihaknya.

Ku Mashariman
Ku Mashariman

"Bukti telah diserahkan semalam (Sabtu) oleh pihak peguam dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Polis pada Sabtu mengesahkan telah merekod keterangan Sophia untuk membantu siasatan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Sophia telah membuat laporan polis di Balai Polis Travers pada Jumaat lalu berhubung dakwaan buli siber dan gangguan seksual yang diterimanya selepas memenangi kategori Selebriti Feminin Terhangat dalam sebuah majlis anugerah baru-baru ini.

Menurut peguamnya, Aizat Izuan Shakeel, Sophia mengalami tekanan emosi yang serius dan bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan mentalnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!