Peluasan SST buah import elak penyeludupan di sempadan - PM

Anwar melambai tangan kepada orang ramai ketika hadir ke Program Madani Rakyat 2025 Kelantan yang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu. Foto Bernama
Anwar melambai tangan kepada orang ramai ketika hadir ke Program Madani Rakyat 2025 Kelantan yang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU –Peluasan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import antara langkah kerajaan membanteras kegiatan penyeludupan di negeri sempadan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, ia juga merupakan salah satu langkah kerajaan menggalakkan rakyat membeli buah-buahan tempatan.

“Ada yang marah apabila buah-buahan import dikenakan cukai. Ini cara untuk pastikan orang ramai membeli buah tempatan.

“Jika tidak, selamanya akan ada penyeludupan melalui kawasan sempadan seperti di Sungai Golok, Kelantan dan Kedah serta Perlis juga tidak terkecuali,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini limau dan epal import dikecualikan daripada SST.

Menurutnya, avokado tempatan, khususnya yang ditanam di Sabah, memiliki kualiti lebih baik berbanding produk import.

“Jadi kita ada pilihan. Saya juga sudah berbincang dengan Menteri Besar Kelantan mengenai potensi tarikan ekonomi di negeri ini.

“Negeri seperti Selangor, Johor dan Sarawak sudah mempunyai tarikan ekonomi sendiri. Kerajaan boleh lepaskan mereka berdikari,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!