Tiada pegawai, anggota polis positif Covid-19: KPN

Abdul Hamid pada sidang akhbar khas di Bukit Aman hari ini.

Abdul Hamid pada sidang akhbar khas di Bukit Aman hari ini.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa tiada pegawai dan anggota agensi itu disahkan positif Covid-19 setakat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sejumlah 43 pegawai yang disyaki dijangkiti virus itu sebelum ini masih dikuarantin di rumah masing-masing.

"Perkara itu melibatkan tujuh pegawai kanan, 34 pegawai rendah selain dua pegawai awam,” katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan malah hingga ke seluruh dunia.

Sebanyak 120 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 673 kes.

Malaysia mencatat dua kematian pertama akibat wabak Covid-19 hari ini membabitkan kes ke-178 iaitu seorang lelaki berumur 34 tahun dan kes ke-358 iaitu seorang lelaki berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik.- Bernama

Artikel Berkaitan: