Tiga beranak nyaris maut, kereta terbalik dan terbakar

Tiga beranak nyaris maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbalik sebelum terbakar dalam kejadian di Kampung Keroh berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Keroh pada Rabu. Foto JBPM
Tiga beranak nyaris maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbalik sebelum terbakar dalam kejadian di Kampung Keroh berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Keroh pada Rabu. Foto JBPM
A
A
A

KUALA KRAI - Tiga beranak nyaris maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbalik sebelum terbakar dalam kejadian di Kampung Keroh, berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Keroh, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Penolong Bomba Tinggi II Zulhilmi Baharudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.52 petang dan anggota bergegas ke lokasi seminit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, ketiga-tiga mangsa sudah berjaya keluar daripada kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mereka.

Kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa terbakar dalam kejadian petang Rabu. Foto JBPM
Kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa terbakar dalam kejadian petang Rabu. Foto JBPM

"Kesemua mangsa yang mengalami cedera ringan berjaya keluar dari kereta yang sedang terbakar sebelum ketibaan bomba," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Jelas beliau, ketiga-tiga mangsa yang berusia antara 11 hingga 50 tahun difahamkan dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

"Kenderaan mereka tiba-tiba melanggar penghadang jalan sebelum terbalik dan mengeluarkan percikan api.

"Bagaimanapun, kesemua mereka sempat keluar sebelum api marak dan memusnahkan keseluruhan kenderaan," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan peralatan salur bantu mula dari jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.

Tambahnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini menggunakan ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!