Guru maut, kereta terbabas dan terbakar

Kereta dipandu mangsa terbabas dan terbakar di jalan utama berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Guai pada Selasa. Foto ihsan PDRM
Kereta dipandu mangsa terbabas dan terbakar di jalan utama berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Guai pada Selasa. Foto ihsan PDRM
A
A
A

BERA - [DIKEMAS KINI] Perjalanan pulang seorang guru selepas melawat abangnya bertukar tragedi apabila beliau maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di jalan utama berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Guai di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Sabri Bakar, 59, yang bertugas sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Hijau, Jerantut, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dipandu mangsa dari arah Jambatan Guai menuju ke Kampung Guai.

Kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan dan terbakar. Foto ihsan PDRM
Kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan dan terbakar. Foto ihsan PDRM

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbakar 80 peratus.

“Mangsa sempat dikeluarkan oleh orang awam sebelum kereta tersebut terbakar namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Jelasnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto ihsan PDRM
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto ihsan PDRM

“Kenderaan terlibat akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan manakala proses bedah siasat akan dijalankan pada Rabu di Hospital Bera,” ujarnya lagi.

Zulkiflee turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian agar tampil membantu siasatan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!