Kes Zara Qairina: AGC serah semula laporan siasatan awal kepada polis

AGC telah menyerahkan semula laporan siasatan awal kepada PDRM untuk melengkapkan siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
AGC telah menyerahkan semula laporan siasatan awal kepada PDRM untuk melengkapkan siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menyerahkan semula laporan siasatan awal kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melengkapkan siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, buat masa ini, AGC tidak boleh mengulas mengenai tindakan yang akan diambil atau inkues dijalankan bagi menyiasat kematian pelajar perempuan itu.

Menurutnya, maklumat secara terperinci, tidak boleh didedahkan namun terdapat beberapa perkara yang perlu dilengkapkan.

"Kita kena pastikan ini adil, buat masa ini saya tidak boleh dedahkan apa-apa kerana siasatan masih dijalankan,” katanya selepas majlis meraikan Ketua Hakim Negara yang baharu di Istana Kehakiman di sini pada Rabu.

Pada Ahad lalu, pasukan peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina mendakwa, kertas siasatan yang dihantar kepada AGC tidak lengkap.

Peguam, Ismail Hamid dan Shahlan Jufri berkata, ia susulan kegagalan pihak polis mengambil pakaian dan barang peribadi milik remaja tersebut yang dipercayai boleh menjadi bahan bukti penting dalam siasatan.

Pihak polis sebelum ini memaklumkan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan kini sedang menunggu arahan lanjut.

Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Kematian tragis remaja itu mencetuskan gelombang simpati dan kemarahan rakyat, terutama selepas dikaitkan dengan dakwaan buli di sekolah terbabit.

Artikel Berkaitan:

Tanda pagar #JusticeForZara digunakan secara meluas di media sosial sebagai solidariti menuntut keadilan dan siasatan telus.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!