Aliff Syukri cipta rekod jual beg tangan RM1 juta dalam masa 2 minit 32 saat

Aliff Syukri cipta The Malaysia Book of Records (MBOR) berjaya jual bag tangan RM1 Juta terpantas melalui penstriman langsung.
Aliff Syukri cipta The Malaysia Book of Records (MBOR) berjaya jual bag tangan RM1 Juta terpantas melalui penstriman langsung.
A
A
A

SHAH ALAM - Selebriti dan ahli perniagaan popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mencipta rekod Malaysia melalui The Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan mencapai kutipan jualan beg tangan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung.

Lebih mengejutkan, koleksi baharu beg tangan Samma Bag Denim Edition dipertaruhkan Aliff Syukri pada malam Ahad berjaya terjual dengan lebih RM1 juta dalam masa 2 minit 32 saat sahaja.

Jualan yang diadakan pada jam 8 malam, Ahad menerusi platform TikTok @papalarisofficial sememangnya mendapat sambutan hangat sejurus ikon 'beg kuning' dibuka.

Menurut Aliff Syukri, pada awalnya beliau menyasarkan tiga minit untuk RM1 juta pertama.

"Saya sebenarnya tidak sangka boleh melakukannya dalam tempoh yang lebih singkat iaitu 2 minit 32 saat.

Aliff Syukri menunjukan jumlah keseluruhan beg tangan terjual selepas berjaya mencipta The Malaysia Book of Records (MBOR).
Aliff Syukri menunjukan jumlah keseluruhan beg tangan terjual selepas berjaya mencipta The Malaysia Book of Records (MBOR).

"Ini bukan perkara yang mudah walaupun mungkin ada orang nampak sebaliknya. Oleh itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga, staf dan rakyat Malaysia.

"Saya berjanji koleksi ini memang benar-benar menawarkan citarasa eksklusif," katanya ketika bersiaran langsung menerusi TikTok @papalarisofficial.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, pembeli bertuah yang membuat pembelian pada malam tersebut berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk percutian ke resort miliknya, emas, pakej umrah dan sebagainya.

"Kepada anda yang membeli jangan lupa buat 'unboxing' kerana kita cari 50 orang bertuah untuk memenangi hadiah. Kita ada gores dan menang, siapa dapat itu rezeki mereka.

"Terima kasih kepada pelanggan yang membeli," jelasnya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!