Bayi tujuh bulan maut akibat didera sejak sebulan lalu

Media sebelum ini melaporkan kejadian menimpa bayi berkenaan terbongkar selepas bapa angkatnya menghubungi polis pada 30 Julai lalu memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri di rumah.
Media sebelum ini melaporkan kejadian menimpa bayi berkenaan terbongkar selepas bapa angkatnya menghubungi polis pada 30 Julai lalu memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri di rumah.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kematian seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan di sebuah kondominium di Cheras di sini berpunca daripada penderaan dan penganiayaan berterusan sejak sebulan lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pelbagai pada seluruh badan.

"Bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan pada seluruh badan dan tengkoraknya patah.

"Kematian berpunca daripada penderaan dan penganiayaan yang berlaku secara berterusan sejak sebulan yang lalu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, siasatan awal turut mendapati penderaan dipercayai berpunca daripada tekanan emosi dialami ibu angkat mangsa.

“Motif kejadian dipercayai kerana mangsa sering menangis, menyebabkan ibu angkatnya berasa tertekan

“Semakan mendapati suspek lelaki bekerja sebagai jurujual manakala isterinya tidak bekerja,” katanya.

Kejadian terbongkar selepas lelaki terbabit menghubungi polis kira-kira jam 9.34 malam pada 30 Julai lalu dan memaklumkan bayi itu tidak sedarkan diri di kediaman mereka.

Pasangan berkenaan kini direman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!