Kanak-kanak tujuh tahun maut, motosikal ditunggang kakak bertembung van

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas motosikal yang ditunggang kakaknya berusia 11 tahun bertembung dengan sebuah van di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Bukit Merah, Tanah Merah pada Sabtu. Foto PDRM

A
A
A

TANAH MERAH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas motosikal yang ditunggang kakaknya berusia 11 tahun bertembung dengan sebuah van di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Bukit Merah di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Nur Irdina Aulia Zainudin yang membonceng motosikal berkenaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah pada jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik itu keluar dari simpang sebelum memasuki laluan utama dan bertembung dengan van dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas.

Motosikal dinaiki dua beradik itu bertembung dengan van dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas. Foto PDRM
Motosikal dinaiki dua beradik itu bertembung dengan van dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas. Foto PDRM

“Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan hanya individu yang memiliki lesen sah dibenarkan mengendalikan kenderaan demi keselamatan bersama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!