Tiada agensi dilantik jalankan imunisasi Covid-19 di rumah: MKN

Orang ramai memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan Covid-19 ketika tinjauan hari ini. -Foto Bernama
Orang ramai memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan Covid-19 ketika tinjauan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi koronavirus (Covid-19) dari rumah ke rumah.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan menasihatkan agar semua pihak berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi Covid-19 yang berlaku sekarang.

"Jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah anda untuk tujuan itu (imunisasi)," menurut kenyataan itu.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara dalam usaha kerajaan mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia menguatkuasakan perintah seumpama itu.

Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. - Bernama

Artikel Berkaitan: