Bukan sekadar seram

Dia hanya berdiri… tapi matanya sedang menjerit minta dilepaskan.

A
A
A

PELAKON versatil, Sally Hawkins tampil menggalas watak berbeza dalam filem terbaharu arahan saudara kembar, Danny dan Michael Philippou berjudul Bring Her Back yang kini mencuri perhatian pengkritik antarabangsa.

Mengisahkan seorang wanita bernama Laura, filem ini bermula dengan aura keibuan sebelum perlahan-lahan menjelma sebagai naskhah seram psikologi yang membangkitkan rasa tidak selesa kepada penonton.

Laura digambarkan sebagai ibu angkat penyayang yang menerima dua beradik iaitu Andy (Billy Barratt) dan adiknya, Piper (Sora Wong) selepas kematian bapa mereka.

Dua beradik. Satu kisah hitam yang belum berakhir.

Piper gadis buta, dijaga rapi oleh Andy yang sangat melindungi. Namun di sebalik layanan mesra, tersimpan niat gelap apabila Laura mula melihat Katie, seorang kanak-­kanak perempuan lain, sebagai jelmaan anaknya yang telah meninggal dunia.

Transformasi watak Laura disifatkan sebagai antara kekuatan utama filem ini. Hawkins telah membawa penonton menyelami sisi emosi dan kegilaan yang tersembunyi di sebalik wajah keibuan. Perubahannya berlaku secara perlahan tetapi sangat meyakinkan.

Tanpa bergantung kepada elemen kejutan semata-mata, Bring Her Back membina ketegangan menerusi emosi, suasana dan visual yang mengganggu termasuk rakaman VHS misteri dan unsur ritual yang menambah keseraman.

Filem ini sebenarnya menyentuh isu kehilangan, trauma dan obsesi cinta yang keterlaluan hingga membinasakan.

Artikel Berkaitan:

Laura digambarkan sebagai individu yang tidak mampu berdamai dengan kisah silam, lalu mencipta dunianya sendiri yang akhirnya mencederakan orang lain. Beberapa babak turut menyentuh perasaan penonton, memperlihatkan penyeksaan emosi dan fizikal secara halus tetapi mengganggu jiwa.

Antara kelebihan filem ini ialah gaya penceritaan yang perlahan tetapi padat dengan emosi, lakonan cemerlang Hawkins berjaya menimbulkan rasa simpati dan takut secara serentak, serta sinematografi suram yang menguatkan mood keseluruhan cerita.

Ia bukan sekadar filem seram, sebaliknya memberi pengalaman menonton yang sarat makna dan menyentuh psikologi.

Namun begitu, bagi penonton yang gemarkan aksi pantas dan kejutan berterusan, naskhah ini mungkin terasa terlalu perlahan dan penuh simbolisme.

Ada juga bahagian yang sengaja dibiarkan terbuka, menuntut penonton membuat tafsiran sendiri, sesuatu yang boleh jadi menarik tetapi mengelirukan bagi sesetengah pihak.

Kadang-kadang, pelukan paling erat… datang dari trauma yang paling dalam.

Dengan tema yang berat dan lakonan yang mendalam, Bring Her Back bukan sekadar filem seram, ia adalah naskhah tentang kehilangan, kasih yang tersasar dan trauma yang meresap ke jiwa paling dalam.

Pelakon versatil, Sally Hawkins tampil menggalas watak berbeza dalam filem terbaharu arahan saudara kembar, Danny dan Michael Philippou berjudul Bring Her Back yang kini mencuri perhatian pengkritik antarabangsa.

Mengisahkan seorang wanita bernama Laura, filem ini bermula dengan aura keibuan sebelum perlahan-lahan menjelma sebagai naskhah seram psikologi yang membangkitkan rasa tidak selesa kepada penonton.

Laura digambarkan sebagai ibu angkat penyayang yang menerima dua beradik iaitu Andy (Billy Barratt) dan adiknya, Piper (Sora Wong) selepas kematian bapa mereka.

Piper gadis buta, dijaga rapi oleh Andy yang sangat melindungi. Namun di sebalik layanan mesra, tersimpan niat gelap apabila Laura mula melihat Katie, seorang kanak-­kanak perempuan lain, sebagai jelmaan anaknya yang telah meninggal dunia.

Transformasi watak Laura disifatkan sebagai antara kekuatan utama filem ini. Hawkins telah membawa penonton menyelami sisi emosi dan kegilaan yang tersembunyi di sebalik wajah keibuan. Perubahannya berlaku secara perlahan tetapi sangat meyakinkan.

Tanpa bergantung kepada elemen kejutan semata-mata, Bring Her Back membina ketegangan menerusi emosi, suasana dan visual yang mengganggu termasuk rakaman VHS misteri dan unsur ritual yang menambah keseraman.

Filem ini sebenarnya menyentuh isu kehilangan, trauma dan obsesi cinta yang keterlaluan hingga membinasakan.

Laura digambarkan sebagai individu yang tidak mampu berdamai dengan kisah silam, lalu mencipta dunianya sendiri yang akhirnya mencederakan orang lain. Beberapa babak turut menyentuh perasaan penonton, memperlihatkan penyeksaan emosi dan fizikal secara halus tetapi mengganggu jiwa.

Antara kelebihan filem ini ialah gaya penceritaan yang perlahan tetapi padat dengan emosi, lakonan cemerlang Hawkins berjaya menimbulkan rasa simpati dan takut secara serentak, serta sinematografi suram yang menguatkan mood keseluruhan cerita.

Ia bukan sekadar filem seram, sebaliknya memberi pengalaman menonton yang sarat makna dan menyentuh psikologi.

Namun begitu, bagi penonton yang gemarkan aksi pantas dan kejutan berterusan, naskhah ini mungkin terasa terlalu perlahan dan penuh simbolisme.

Ada juga bahagian yang sengaja dibiarkan terbuka, menuntut penonton membuat tafsiran sendiri, sesuatu yang boleh jadi menarik tetapi mengelirukan bagi sesetengah pihak.

Dengan tema yang berat dan lakonan yang mendalam, Bring Her Back bukan sekadar filem seram, ia adalah naskhah tentang kehilangan, kasih yang tersasar dan trauma yang meresap ke jiwa paling dalam.

Bring Her Back

PENGARAH: Danny Philippou, Michael Philippou

PELAKON: Sally Hawkins,

Billy Barratt, Sora Wong, Jonah Wren Phillips

GENRE: Seram

DURASI: 1 jam 45 minit

KLASIFIKASI: 18

TAYANGAN: 31 Julai 2025

BINTANG:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!