Covid-19: Bursa Malaysia beroperasi seperti biasa

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan terus beroperasi seperti biasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18-31 Mac.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan terus beroperasi seperti biasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18-31 Mac.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan terus beroperasi seperti biasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18-31 Mac.

Dalam kenyataan, bursa itu berkata ia telah menyediakan infrastruktur, peraturan dan proses yang diperlukan untuk melindungi dan mengekalkan pasaran yang adil dan teratur.

Katanya operasi pasaran yang berterusan penting untuk menyokong prinsip mekanisme pasaran yang cekap dengan campur tangan yang minimum atau tiada campur tangan.

Bagi memastikan keseragaman amalan pasaran, peraturan semakan kini diperluaskan kepada jualan singkat harian (IDSS) dan aktiviti jualan singkat yang dibenarkan bagi Akaun Pelaburan (IVT) dan ‘Market Maker’.

Peraturan semakan itu turut terpakai untuk aktiviti jualan singkat Proprietary Day Trader (PDT).

“Kami akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau perkembangan mengenai koronavirus (Covid-19) di peringkat nasional dan global untuk menilai impaknya dan menilai situasi dalam pasaran," katanya.-Bernama

Artikel Berkaitan: