Tarif baharu negara-negara ASEAN

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat secara rasmi mengumumkan penurunan kadar tarif ke atas barangan import dari Malaysia kepada 19 peratus berbanding 25 peratus yang diumunkan sebelum ini.
Penurunan itu susulan arahan eksekutif terbaharu yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump.
Laman sesawang The White House semalam memuat naik dokumen pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas yang ditandatangani Trump bertarikh 31 Julai 2025.
Negara-negara ASEAN lain yang turut menerima kadar tarif baharu;
Indonesia: 19 peratus
Kemboja: 19 peratus
Filipina: 20 peratus
Thailand: 19 peratus
Vietnam: 20 peratus
Brunei: 25 peratus
Laos: 40 peratus
Myanmar: 40 peratus
Singapura: Tidak disenaraikan dalam pusingan pelarasan kali ini.
Kadar tarif sebelum ini;
Indonesia: 32 peratus
Kemboja: 36 peratus
Filipina: 17 peratus
Thailand: 36 peratus
Vietnam: 46 peratus
Brunei: 24 peratus
Laos: 40 peratus
Myanmar: 40 peratus
Singapura: 10 peratus
Langkah terbaharu ini adalah kesinambungan kepada dasar perdagangan agresif Trump yang sebelum ini terkenal dengan penggunaan tarif sebagai alat rundingan dan perlindungan industri domestik AS.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

