Selangor tutup semua perpustakaan awam sehingga 31 Mac

Penutupan melibatkan sebanyak 104 perpustakaan di bawah seliaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Perpustakaan Negara
Penutupan melibatkan sebanyak 104 perpustakaan di bawah seliaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Perpustakaan Negara
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengambil langkah menutup semua perpustakaan awam di negeri ini bagi mengelak penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penutupan semua perpustakaan ini akan dijalankan sehingga 31 Mac ini.

"Penutupan bagi mengelakkan penularan Covid-19 dalam kalangan pengunjung dan kakitangan perpustakaan.

"Penutupan melibatkan sebanyak 104 perpustakaan di bawah seliaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Perpustakaan Negara," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor semalam.

Hadir sama mesyuarat kali ketiga itu ialah ketua pasukannya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Exco Kesihatan, Dr Siti Mariah Mahmud.

Artikel Berkaitan: