Bank Islam terbit sukuk RM1 bilion, terima sambutan luar biasa

Bank Islam berjaya menerbitkan Sukuk Kanan Murabahah bernilai RM1 bilion.
Bank Islam berjaya menerbitkan Sukuk Kanan Murabahah bernilai RM1 bilion.
A
A
A

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) berjaya menerbitkan Sukuk Kanan Murabahah bernilai RM1 bilion di bawah Program Sukuk Kanan Murabahah RM10 bilion pada 25 Julai lalu.

Institusi kewangan itu dalam satu kenyataan berkata, penerbitan tersebut menerima sambutan menggalakkan daripada pelabur dengan kadar lebihan langganan tiga kali ganda berbanding jumlah terbitan asal.

“Sukuk Kanan Murabahah itu turut menerima penarafan AA3/stabil daripada RAM Ratings Services Berhad dan menetapkan kadar keuntungan kompetitif sebanyak 3.85 peratus setahun bagi tempoh tujuh tahun.

“Keuntungan daripada penerbitan sukuk ini akan digunakan untuk membiayai aktiviti perbankan, keperluan modal kerja dan tujuan korporat lain yang semuanya patuh kepada prinsip syariah,” katanya.

Bank Islam turut bertindak sebagai Penasihat Utama, Pengatur Utama, Pengurus Utama dan Penasihat Syariah bagi Program Sukuk Murabahah tersebut.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!