Pegawai kerajaan disyaki Covid-19 dibenar bekerja di rumah

Mohd Khairul Adib Abd Rahman
Mohd Khairul Adib Abd Rahman
A
A
A

SHAH ALAM - Pegawai kerajaan yang disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19) diberikan pelepasan khas untuk bekerja di rumah bertujuan mengurangkan risiko penularan penyakit Covid-19.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan pelepasan khas itu bagi membolehkan ketua jabatan mengurus pegawai terbabit.

Sehubungan itu, pihaknya mengeluarkan garis panduan pengendalian isu berhubung penularan jangkitan wabak Covid-19 di premis kerajaan berkuatkuasa hari ini.

"Ini terpakai khusus untuk menangani penularan wabak Covid-19 bagi tempoh sehingga negara dimaklumkan bebas Covid-19 oleh pihak berkenaan atau kerajaan.

"Tertakluk kepada penerimaan pihak berkuasa masing-masing.

"Garis panduan ini keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Kanun dan Pihak Berkuasa Tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Garis panduan tersebut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kesejahteraan pegawai, pengendalian kebersihan di premis kerajaan dan pengurusan pelanggan.

Kementerian atau jabatan yang dikesan mempunyai kes positif Covid-19 perlu melakukan penutupan sementara premis bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi.

Artikel Berkaitan:

Garis panduan tersebut turut menerangkan pelepasan kerja bagi pegawai yang disahkan positif Covid-19 mengikut beberapa situasi.