[KRONOLOGI] Kes budak enam tahun hilang di JB ditemui mati, mayat ditanam di belukar

[DIKEMAS KINI] Kronologi kes kanak-kanak hilang di Johor Bahru yang berakhir dengan penemuan mayat mangsa di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan.
24 Julai (Khamis)
Seorang lelaki berusia 36 tahun mendakwa anaknya hilang ketika ditinggalkan di dalam kereta untuk membeli makanan di kawasan Taman Bukit Indah.
Mangsa, Tishant Munisammy, berusia enam tahun.
Bapa mangsa hanya membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya pada jam 2.15 pagi, Khamis (24 Julai).
25 Julai (Jumaat)
Laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.
Kanak-kanak dilaporkan kali terakhir berada di sebuah kopitiam di Bukit Indah.
Siasatan awal dijalankan berdasarkan keterangan si bapa.
Polis menahan lelaki tersebut pada hari sama bagi membantu siasatan.
28 Julai (Isnin)
Hasil soal siasat membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak yang dipercayai mangsa, ditanam di kawasan semak di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan.
Penemuan dimaklumkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol kira-kira jam 4.30 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

