Mayat wanita ditemukan bawah jambatan Sungai Klang

Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan tertiarap bawah jambatan Sungai Klang di Puchong. Gambar hiasan.
Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan tertiarap bawah jambatan Sungai Klang di Puchong. Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan tertiarap di atas batu bawah jambatan Sungai Klang berhampiran Jalan Jurutera, Puchong pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisoner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 11.58 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan awal mendapati mayat berpakaian serba hitam dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri atau barangan peribadi ditemukan bersama mangsa.

"Pihak forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen Selangor telah hadir di tempat kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan berdasarkan keadaan, mangsa dipercayai berada di dalam sungai lebih kurang 24 jam serta mulai kembung," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.

Wan Azlan berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat yang dijadualkan pada 8 pagi esok bagi menentukan punca kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor K Vigneswaran di talian 014-922 9233 atau balai polis berhampiran. Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!