30 jurugambar jalanan di KLCC dikompaun

Antara jurugambar jalanan yang dikompaun kerana menawarkan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran pihak berkuasa di KLCC,
Antara jurugambar jalanan yang dikompaun kerana menawarkan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran pihak berkuasa di KLCC,
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai 30 jurugambar jalanan telah dikompaun dalam satu operasi bersepadu oleh KL Strike Force kerana menawarkan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran pihak berkuasa di KLCC, di sini pada Ahad.

Wartawan Sinar Harian yang mengikuti operasi berkenaan mendapati ia berjalan lancar, walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila seorang daripada kumpulan jurugambar terbabit enggan memberikan kerjasama.

Salah seorang jurugambar jalanan yang enggan dikenali berkata, itu merupakan kali pertama mereka dikenakan kompaun atas kesalahan menawarkan perkhidmatan fotografi.

"Ini kali pertama kami kena saman. Siang saya kerja di kedai aksesori berhampiran, habis kerja baru datang sini. Biasanya satu malam boleh dapat RM200 hingga RM400," katanya.

Operasi yang bermula kira-kira jam 9 malam itu dilaksanakan oleh sejumlah pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Turut hadir, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Berdasarkan notis kompaun yang dikeluarkan, individu-individu terbabit dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1), UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016.

Difahamkan, kesalahan dilakukan adalah menawarkan perkhidmatan fotografi di tempat awam kepada pengunjung sekitar KLCC dengan menggunakan telefon pintar tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kejadian tular membabitkan kumpulan tersebut yang didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap pelancong asing, seorang pemuda berusia 20-an menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai salah faham antara dua pihak.

Artikel Berkaitan:

"Memang kami tahu tentang perkara itu, tetapi saya tak pernah kenakan harga tinggi yang melampau atau memaksa pelanggan menggunakan perkhidmatan kami," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!