Hobi kumpul barang tentera pupuk semangat patriotik, hargai perjuangan pahlawan negara

Abdul Hakim bersama koleksi peribadinya yang telah dikumpul sejak berusia 20-an.
Abdul Hakim bersama koleksi peribadinya yang telah dikumpul sejak berusia 20-an.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Hobi mengumpul barang pasukan keselamatan negara khususnya tentera bukan lagi asing bagi sesetengah individu.

Mereka sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan barang tersebut terutamanya yang sudah jarang atau sudah tidak ditemui lagi.

Perkara tersebut diakui oleh Persatuan Reka Ulang Sejarah yang giat mengumpul koleksi barang berkenaan.

Pengerusinya, Abdul Hakim Abdul Rani, 33, berkata, pihaknya adalah antara golongan yang sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan koleksi berkenaan susulan minat yang mendalam.

"Kita berjaya mengumpul barangan ketenteraan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), askar British dan Jepun yang ada kaitan dengan sejarah Malaysia," katanya.

Abdul Hakim berkata demikian ketika ditemui di Pameran Peragaan Era Insurgensi dan Moden ATM, PDRM di Outdoor Expo Malaysia di sini pada Sabtu.

Antara barangan pasukan keselamatan negara yang turut dipamerkan di pameran tersebut.
Antara barangan pasukan keselamatan negara yang turut dipamerkan di pameran tersebut.

Menurutnya, setakat ini lebih 1,000 koleksi pelbagai barangan ketenteraan telah dikumpulnya sejak berusia 20 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Set telefon antik antara barangan ketenteraan yang sukar ditemui. Saya membelinya dengan kos penghantaran dari United Kingdom sebanyak RM700," katanya.

Sementara itu, Presiden Brotherhood Camo Malaysia, Ismawi Ismail berkata, objektif pameran itu adalah untuk berkongsi sejarah ketenteraan kepada orang ramai serta menghargai pengorbanan pahlawan negara.

"Pameran ini memberi maklumat dan ilmu berkaitan sejarah pasukan keselamatan negara kepada pengunjung.

"Kita mahu memupuk jiwa merdeka. Keamanan sekarang adalah keperitan mereka yang berjuang dahulu," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!