Wang tunai palsu, VCD lucah antara barang dilupus

Ku Mashariman (dua dari kanan) menunjukkan mata wang Amerika Syarikat palsu yang dilupuskan pada Jumaat.
Ku Mashariman (dua dari kanan) menunjukkan mata wang Amerika Syarikat palsu yang dilupuskan pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wang tunai mata wang Amerika Syarikat (AS) palsu serta cakera padat video (VCD) lucah antara barang kes bernilai RM721,239 yang dilupuskan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, jumlah ini melibatkan 124 kertas siasatan bagi kes bermula tahun 2017 hingga tahun ini yang telah selesai sehingga ke peringkat akhir perbicaraan, membabitkan kes jenayah dan jenayah komersial.

Menurutnya, barang kes yang dilupuskan melibatkan kes perjudian online, serbuan rumah urut dan pusat hiburan, kes penipuan serta mesin bitcoin.

“Kes jenayah melibatkan 108 kertas siasatan dengan 47,906 unit barang kes termasuk wang tunai RM9,633 dan jumlah keseluruhan bernilai RM630,565, manakala bagi jenayah komersial pula 16 kertas siasatan dengan 1,325 barang kes melibatkan nilai RM90,674,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pada Jumaat.

Ku Mashariman (tiga dari kiri) menunjukkan rampasan komputer yang akan dilupuskan pada Jumaat.
Ku Mashariman (tiga dari kiri) menunjukkan rampasan komputer yang akan dilupuskan pada Jumaat.

Ku Mashariman berkata, antara kes terbabit turut melibatkan penipuan penukaran mata wang dilaporkan berlaku pada tahun lepas membabitkan suspek warga asing yang menawarkan pertukaran wang ringgit ke mata wang ASD palsu.

Katanya, polis telah menahan suspek dan merampas wang tunai kira-kira AS$400,000 yang disahkan palsu.

"Bagi kes ini, suspek telah didakwa, dijatuhkan hukuman penjara dan akan dihantar pulang ke negara asal,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, tujuan utama pelupusan ini adalah untuk memastikan semua barang kes dilupus secara sah mengikut peruntukan undang-undang, mengurangkan beban penyimpanan serta mengelak risiko kecurian jika disimpan terlalu lama.

Proses pelupusan turut disertai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!