Lelaki didakwa cabul, tunjuk kemaluan depan dua anak tiri

Seorang lelaki didakwa mencabul dan menunjukkan kemaluan terhadap dua anak perempuan tiri berusia lima dan enam tahun antara Mei hingga Julai lalu.
Seorang lelaki didakwa mencabul dan menunjukkan kemaluan terhadap dua anak perempuan tiri berusia lima dan enam tahun antara Mei hingga Julai lalu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan mencabul dan menunjukkan kemaluan terhadap dua anak perempuan tiri berusia lima dan enam tahun antara Mei hingga Julai lalu.

Pekerja pembantu pemasaran produk kosmetik berusia 27 tahun membuat pengakuan itu sebaik tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Aiza Khairuddin.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun dengan cara memegang kemaluan mangsa.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal bukan fizikal dengan cara menunjukkan kemaluannya kepada dua beradik itu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 15(a)(i) AKSTK 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau keduanya sekali, sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di dalam bilik tidur dan bilik air di sebuah rumah di daerah ini pada waktu malam antara 11 Mei dan dan 5 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain mencadangkan jaminan RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin serta memohon syarat tambahan.

Peguam Mohd Anif Rafih yang mewakili tertuduh merayu jaminan RM12,000 kerana anak guamnya yang berstatus duda hanya memperolehi pendapatan dengan pekerjaannya itu sebanyak RM2,000.

Artikel Berkaitan:

Malah anak guamnya juga masih menanggung kedua-dua mangsa dan seorang anak kandungnya berusia dua tahun yang kini dipelihara ibunya di kampung Pendang, Kedah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pendakwaan.

Tertuduh turut dikehendaki melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan semula sebutan kes 25 Ogos depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!