RCI Batu Puteh: Biarlah dia, kata Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] “Biarlah dia.” Itu jawapan ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir  yang mahukan kerajaan membuat pendakwaan dan membuktikan kesalahan beliau di mahkamah.

Terdahulu, Dr Mahathir menerusi hantaran di laman sosial secara sinis menegaskan beliau tidak memerlukan sebarang imuniti termasuk faktor usia sekiranya kerajaan menuduh beliau bersalah.

Kenyataan itu dimuat naik Dr Mahathir sejurus kerajaan memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau atas faktor usia yang sudah lanjut.

Anwar berkata, Kabinet tetap berpendirian bahawa Dr Mahathir bersalah kerana keputusan beliau sebagai Perdana Menteri pada 2018 yang melepaskan Pulau Batu Puteh dengan begitu mudah kepada Singapura.

Laporan RCI yang telah dinyahklasifikasi dan dikeluarkan pada Disember tahun lalu mendedahkan bahawa kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sepihak telah membuat keputusan menarik balik permohonan bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang menganugerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!