Polis kesan tiga lagi individu bantu siasatan kes gaduh di Genting Highlands

Tangkap layar video tular yang memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di SkyAvenue Genting Highlands pada 10 Julai lalu.
Tangkap layar video tular yang memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di SkyAvenue Genting Highlands pada 10 Julai lalu.
A
A
A

BENTONG-Tiga lelaki termasuk seorang warga asing diburu polis bagi membantu siasatan berkaitan kes pergaduhan di SkyAvenue, Genting Highlands, di sini pada 10 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dua warga serta seorang warga China, Zhang He, sedang dikesan oleh pihak polis.

Menurutnya, sebelum itu beberapa siri tangkapan telah dilakukan sejak 10 Julai lalu.

“Seramai lapan lelaki terdiri daripada lima warga tempatan dan tiga lelaki warga asing, masing-masing berusia antara 28 hingga 61 tahun telah ditahan di sekitar kawasan Genting Highlands, Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, turut dirampas sebilah pisau dan sebatang besi yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Kesemua suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kita juga masih mengesan tiga lagi individu yang dikenal pasti,” tambahnya.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes dan suspek yang terlibat boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!