Zon Merah HTAR cemas, pesakit dipindahkan

Kebakaran kecil yang berlaku membabitkan suis soket di Zon Merah HTAR pada petang Selasa.
Kebakaran kecil yang berlaku membabitkan suis soket di Zon Merah HTAR pada petang Selasa.
A
A
A

KLANG - Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini cemas apabila berlaku insiden kebakaran kecil membabitkan suis soket pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.13 petang.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bersama sebuah jentera FRT dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Jentera tiba seminit kemudian pada jam 5.14 petang dan mendapati kebakaran telah dipadamkan oleh pihak hospital sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada suis soket di dalam wad Zon Merah dan hanya menyebabkan kemusnahan sebanyak satu peratus.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

Tambahnya, operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Yuszi Abdullah, itu berjaya dikawal dan dipastikan selamat sepenuhnya sebelum anggota beredar dari lokasi.

“Punca sebenar kejadian ini masih dalam siasatan lanjut,” tambahnya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman menunjukkan pesakit di atas katil dibawa keluar berikutan kejadian kebakaran berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Kakitangan perubatan pula dilihat sibuk menguruskan proses pemindahan pesakit bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!