NOIR sambut ulang tahun ke-8, lancar produk dan logo baharu

Madammu (tiga dari kanan) memotong kek sempena meraikan ulang tahun ke-8 NOIR.
Madammu (tiga dari kanan) memotong kek sempena meraikan ulang tahun ke-8 NOIR.
A
A
A

KUALA LUMPUR – NOIR meraikan ulang tahun kelapan penubuhannya menerusi majlis gilang-gemilang bertemakan NOIR Anggun Abadi, Dari Mimpi, Lahir Legasi yang diadakan di Astana Glass House, Bamboo Hills, pada Sabtu.

Majlis eksklusif anjuran Noir Health & Beauty Sdn Bhd itu bukan sahaja menyaksikan pelancaran rasmi logo baharu NOIR, malah turut menjadi pentas meraikan pencapaian para usahawan cemerlang di bawah jenama berkenaan.

Dengan kehadiran antara 90 hingga 100 tetamu jemputan termasuk VIP, ejen berprestasi tinggi dan pelanggan bertuah, acara berprestij tersebut turut diserikan dengan penyampaian Golden Reward berupa pakej umrah kepada usahawan terpilih sebagai tanda penghargaan atas dedikasi mereka.

Jemputan yang hadir berpakaian tema warna putih dan formal.
Jemputan yang hadir berpakaian tema warna putih dan formal.

Majlis turut menyaksikan pelancaran dua produk eksklusif baharu iaitu NMN Anti-Aging Supplement dan Tripeptide Super Whitening yang dijangka mendapat sambutan positif dalam pasaran.

Berlatarkan tema warna putih dan formal untuk pakaian serta dekorasi putih dan ungu yang anggun, suasana majlis mencerminkan identiti elegan dan profesional yang sentiasa menjadi teras jenama NOIR sejak penubuhannya.

Pengasas syarikat, Eriyca Baiduri Abd Rashid yang lebih dikenali sebagai Madammu ketika berucap, berkongsi kisah permulaan jenama tersebut dan cabaran yang diharungi sepanjang lapan tahun membina empayar.

“8 tahun lalu, Madammu hanya menggunakan satu handphone. Madammulah yang menggerakkan sendiri pemasaran, berperanan sebagai ‘orang media’ dan Madammu juga menguruskan unit operasi.

Artikel Berkaitan:

*Siapa sangka daripada seorang suri rumah, hari ini NOIR menjadi salah satu jenama besar di Malaysia. Madammmu sendiri tak pernah bayangkan NOIR akan mengubah hidup begitu ramai wanita lain, bukan saya seorang," ujarnya.

Madammu turut menzahirkan penghargaan kepada pasukannya dan seluruh komuniti usahawan NOIR yang terus setia bersama jenama itu dalam suka dan duka.

“8 tahun bukan masa yang singkat. Ada jatuh dan bangun. Ada yang datang dan pergi. Tapi yang terus utuh bersama NOIR inilah yang luar biasa. Mungkin kita dah jarang berjumpa macam dulu sebab TikTok ubah cara kita. Tapi tak mengapa, sebab itu yang buat kita terus mara ke depan," jelasnya.

Sesi istimewa bersama Madammu turut menyentuh kisah inspirasi wanita biasa yang berjaya mengubah kehidupan mereka apabila diberi peluang, panduan dan platform yang betul.

Majlis diakhiri dengan acara simbolik pemotongan kek ulang tahun ke-8, melambangkan perjalanan penuh ketabahan, keikhlasan dan pertumbuhan yang menjadi asas kejayaan jenama tempatan ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!