Pemandu maut tersepit bawah kereta

Keadaan kereta yang dipandu mangsa dalam kejadian di Jalan Felda Sebertak – Felda Sebertak Triang pada Jumaat. Foto ihsan JBPM
Keadaan kereta yang dipandu mangsa dalam kejadian di Jalan Felda Sebertak – Felda Sebertak Triang pada Jumaat. Foto ihsan JBPM
A
A
A

BERA – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Ativa yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Felda Sebertak–Felda Sebertak Triang berhampiran Tasik Bera pada Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.32 pagi.

Keadaan lori yang terbabit dalam kemalangan tersebut. Foto ihsan JBPM
Keadaan lori yang terbabit dalam kemalangan tersebut. Foto ihsan JBPM

Menurutnya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 10.13 pagi.

"Sebaik tiba, anggota mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori. Seorang mangsa lelaki dewasa didapati tersepit di bawah kereta.

“Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas penyelamatan namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto ihsan JBPM
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto ihsan JBPM

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pemandu lori tidak mengalami kecederaan serius dan berada dalam keadaan selamat.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!