Pemandu lori maut tersepit, dua wanita cedera

SEREMBAN -Pemandu lori maut manakala dua wanita cedera dalam kemalangan di Kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan di sini pada Isnin.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Nizam Yom berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 serta Senawang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 12.51 tengah hari.
"Setibanya di lokasi kejadian jam 1.02 tengah hari, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori bonded 1 tan dan sebuah kereta jenis Perodua Ativa.
"Pemandu lori seorang lelaki lingkungan 40-an tersepit dan meninggal dunia di lokasi dan disahkan pihak paramedik," katanya pada Isnin.
Jelasnya, pemandu Perodua Ativa tidak mengalami kecederaan manakala penumpang wanita di tempat duduk hadapan patah kaki dan seorang lagi penumpang wanita di bahagian belakang patah tangan.
Tambahnya, mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans dan mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

