Ikan lumba-lumba mati terdampar di Pantai Tanjong Tokong

Seekor ikan lumba-lumba ditemukan mati terdampar di pesisir pantai Tanjung Tokong berhampiran sebuah kondominium di sini, Isnin lepas.
Seekor ikan lumba-lumba ditemukan mati terdampar di pesisir pantai Tanjung Tokong berhampiran sebuah kondominium di sini, Isnin lepas.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seekor ikan lumba-lumba ditemukan mati terdampar di pesisir pantai Tanjung Tokong berhampiran sebuah kondominium di sini, Isnin lepas.

Jabatan Perikanan Pulau Pinang memaklumkan pihaknya menerima laporan penemuan bangkai ikan lumba-lumba spesies finless porpoise itu daripada orang awam sebelum Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Pulau Pinang bergegas ke tempat kejadian.

"Ikan lumba-lumba itu berukuran kira-kira 1.4 meter panjang.

"Pihak Jabatan Perikanan negeri juga merekodkan data berhubung penemuan ikan itu," menurut Jabatan Perikatan Pulau Pinang dalam kenyataan menerusi Facebooknya.

Bangkai ikan lumba-lumba itu ditanam di kawasan berhampiran untuk tujuan pelupusan manakala jabatan berkenaan mengalu-alukan kerjasama orang awam berhubung sebarang aduan berkaitan kematian mamalia marin di perairan negeri itu. - Bernama 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!