Dua lelaki ditahan cuba seludup Yamaha RXZ

PGA berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan motosikal jenis Yamaha RXZ apabila menahan dua lelaki di Kampung Repek, Pasir Mas pada Rabu. Foto PGA
PGA berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan motosikal jenis Yamaha RXZ apabila menahan dua lelaki di Kampung Repek, Pasir Mas pada Rabu. Foto PGA
A
A
A

PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan motosikal jenis Yamaha RXZ apabila menahan dua lelaki di Kampung Repek di sini pada Rabu.

Tangkapan dibuat pada jam 9.50 malam semasa penugasan Op Taring Wawasan selepas mengesan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ tanpa nombor pendaftaran berada di belakang lori disyaki diseludup dari Thailand melalui pangkalan haram.

"Suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen sah berkaitan motosikal terbabit.

"Pemandu dan kelindan lori berusia 26 dan 28 tahun itu dipercayai menjadi penghantar motosikal tersebut ke pasaran tempatan," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Ujar beliau, anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM10,000 dan barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!