Kelantan transit dadah, pil kuda pilihan penagih tempatan - Polis

Kesemua dadah berkenaan dipercayai diseludup dari negara jiran.
Kesemua dadah berkenaan dipercayai diseludup dari negara jiran.
A
A
A

KOTA BHARU – Polis Kelantan mendedahkan negeri ini menjadi transit dadah jenis syabu, ganja dan heroin yang diseludup dari negara jiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat bagaimanapun berkata, pil kuda tetap menjadi dadah yang paling popular pilihan penagih tempatan.

"Pil kuda ini seolah-olah sudah menjadi ‘tradisi’ bukan sahaja di Kelantan, malah Terengganu dan Pahang.

"Mungkin kerana harganya murah, kesan khayal yang cepat serta mudah diperoleh,” katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Sebelum itu beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Pil kuda tetap menjadi dadah yang paling popular pilihan penagih tempatan.
Pil kuda tetap menjadi dadah yang paling popular pilihan penagih tempatan.

Menurut beliau, dadah jenis syabu, ganja dan heroin kurang mendapat sambutan dalam kalangan penagih di Kelantan yang mana ia lebih banyak dihantar ke sebelah Pantai Barat.

Tambahnya, kedudukan negeri ini bersebelahan dengan Thailand yang menjadi laluan utama kemasukan dadah dan hanya dipisahkan dengan Sungai Golok menyebabkan ia menjadi transit utama.

Artikel Berkaitan:

Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan agensi penguat kuasa negara jiran termasuk berkongsi serta menyalurkan maklumat risikan berkaitan aktiviti penyeludupan dadah di sempadan.

"Ia bagi mengekang penularan tersebut dan pada masa yang sama mengetatkan lagi kawalan di sempadan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!