‘Siapa saya nak singkirkan orang?’ – Ogy nafi terlibat isu guru vokal

Fauziah menafikan dakwaan yang tular.
Fauziah menafikan dakwaan yang tular.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seniwati Fauziah Ahmad Daud menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau adalah artis veteran yang didakwa mengherdik dan menghina seorang guru vokal sehingga digugurkan daripada menyertai sebuah program televisyen baru-baru ini.

Ujar Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Ogy, 63, beliau langsung tidak faham bagaimana namanya boleh tiba-tiba dikaitkan dalam isu yang tidak pernah diketahui kewujudannya.

“Siapa saya nak singkirkan orang? Adakah individu itu ada sebut nama saya? Kalau tiada, saya tidak patut jawab isu ini.

“Kalau dia ‘petik’ nama saya, saya akan serahkan kepada peguam dan peguam yang akan jawab soalan itu. Selagi tak sebut, maknanya dia berada di zon selamat,” katanya selepas sidang media Asian Pop Stars yang berlangsung di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada Rabu.

Tambah bintang Azura itu, dakwaan tersebut langsung tidak masuk akal sementelah beliau hanya pernah bertemu sekali dengan individu itu iaitu ketika sidang media konsert penyanyi Ezad Lazim.

“Saya sendiri tidak membaca tentang isu ini, malah keluar di mana artikelnya pun saya tidak tahu.

“Kalau dia sebut artis veteran yang sudah lima dekad, saya rasa ramai lagi artis yang sudah 50 tahun berada dalam industri

“Saya pernah dengar namanya sebelum ini. Setakat itu sahaja,” katanya.

Terdahulu, guru vokal Adzrin Adzhar, 40, mengejutkan ramai apabila mendakwa dirinya pernah diperlakukan secara tidak profesional oleh seorang artis senior hingga menyebabkan namanya digugurkan daripada sebuah program televisyen.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Fauziah dilantik sebagai Pengetua Asian Pop Stars, sebuah program realiti nyanyian antarabangsa yang bakal bersiaran secara langsung di saluran RTM bermula 29 November depan.

Program tersebut menyaksikan penyertaan peserta dari seluruh Asia, menawarkan hadiah lumayan berjumlah lebih RM200,000 dan peluang menjalani latihan di akademi hiburan di Korea Selatan untuk lapan finalis terbaik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!