Ahli Parlimen PH tiba di Seri Perdana, hadiri pertemuan tertutup

Beberapa kenderaan yang membawa Ahli Parlimen PH mula memasuki pekarangan Seri Perdana pada Isnin.
Beberapa kenderaan yang membawa Ahli Parlimen PH mula memasuki pekarangan Seri Perdana pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Beberapa kenderaan yang dipercayai Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mula memasuki pekarangan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini pada Isnin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kenderaan mula memasuki bangunan Seri Perdana jam 3.45 petang.

Difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberikan penjelasan berhubung beberapa isu penting dan hal ehwal semasa dalam perbincangan tertutup.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek pada pagi tadi.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!