Covid-19: TennisMalaysia tangguh semua acara

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SEMUA penganjuran acara dan kejohanan tenis di bawah TennisMalaysia yang dijadual berlangsung di Malaysia telah ditangguhkan serta-merta hingga 20 April berikutan penularan koronavirus (Covid-19).

Presiden TennisMalaysia, Mirzan Mahathir berkata, penangguhan itu merangkumi semua acara di bawah Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), Persekutuan Tenis Asia (ATF) dan anggota bersekutu TennisMalaysia termasuk program kejurulatihan, perasmian kursus dan acara promosi sukan tenis, First Serve.

“Kami akan sentiasa berunding dengan pihak berkuasa terbabit dan menyediakan maklumat terkini mengenai status acara pada awal April ini untuk memberi ruang mencukupi kepada penganjur sama ada meneruskan atau menangguhkan penganjuran.

“Perubahan pada Kalendar Tenis 2020 akan dibuat apabila penganjuran diteruskan kembali. Kesihatan dan keselamatan pemain, jurulatih, ibu bapa, petugas dan penonton adalah keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mirzan berkata, keputusan untuk menangguhkan semua acara itu dibuat berikutan pengumuman ITF, Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan berkaitan penularan Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: