Pura-pura mati ketika diserbu

Antara Pati yang diperiksa dalam operasi di sekitar Kota Raja. - Foto Jabatan Imigresen Selangor
Antara Pati yang diperiksa dalam operasi di sekitar Kota Raja. - Foto Jabatan Imigresen Selangor
A
A
A

KLANG - Seorang warga asing menggunakan helah berpura-pura mati tidak menjadi apabila taktiknya itu dhidu penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor dalam serbuan di Bukit Raja semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, lelaki itu antara 82 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi yang bermula jam 12.30 tengah malam.

"Seramai 315 diperiksa dalam operasi bersepadu tersebut, namun hanya 82 ditahan berusia 1 hingga 50 tahun.

"Mereka dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut," katanya di sini.

Antara Pati yang diperiksa dalam operasi bermula jam 12.30 tengah malam. - Foto Jabatan Imigresen Selangor
Antara Pati yang diperiksa dalam operasi bermula jam 12.30 tengah malam. - Foto Jabatan Imigresen Selangor

Kesemua ditahan kerana dipercayai melakukan pelbagai termasuk Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal tanpa pas atau permit sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama iaitu tinggal lebih masa.

"Mereka juga akan ditahan reman selama 14 hari di Depot Imigresen Semenyih mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

"Kami akan lakukan siasatan lanjut bagi mengesan majikan atau pelindung kepada Pati ini dan sekiranya terbukti bersalah tindakan undang-undang akan diambil," katanya.

Artikel Berkaitan: