Covid-19: Angka korban di China cecah 3,200

Gambar hiasan. - Foto Reuters
Gambar hiasan. - Foto Reuters
A
A
A

BEIJING - Angka korban di China akibat koronavirus (Covid-19) meningkat kepada 3,193, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara hari ini.

Agensi berita Anadolu melaporkan 13 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu manakala 11 kes baharu dikesan menjadikan keseluruhan pesakit seramai 80,824.

Virus itu kini merebak sekurang-kurangnya ke 123 negara dan wilayah.

Jumlah kematian seluruh dunia mencecah hampir 5,000 orang dengan lebih 132,500 kes disahkan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - Bernama

Artikel Berkaitan: