Mufti Perlis gesa peserta tabligh jalani pemeriksaan Covid-19

 Mohd Asri
Mohd Asri
A
A
A

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memohon ahli kumpulan tabligh di seluruh negara yang terbabit dengan perhimpunan di Sri Petaling baru-baru ini membuat pemeriksaan di pusat kesihatan.

Katanya, berdasarkan maklumat masih terdapat ahli kumpulan itu yang belum melakukan pemeriksaan.

"Ada yang memberikan alasan penyakit dari ALLAH, kita perlu reda. Ada pula yang berkata 'masjid tempat baik, tiada jangkitan akan berlaku'.

"Ada pula dalam kalangan mereka berkata 'jangan takut virus tapi takut ALLAH'. Ada pula berkata 'kalau mati syahid' dan pelbagai lagi falsafah yang disalahgunakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya penyakit berjangkit itu boleh membahayakan orang lain dan Islam melarang umatnya melakukan perkara itu tanpa alasan yang benar.

"Tidak wajar kita menambah beban kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencari golongan ini bagi tujuan diperiksa.

"Saya difahamkan di Perlis pihak KKM terpaksa melakukan operasi mencari golongan yang terbabit," katanya.

Beliau turut menasihatkan mereka yang tidak sihat dan bergejala mengelakkan hadir ke masjid dan kecuali disahkan selamat.

Artikel Berkaitan:

"Saya percaya golongan ini orang yang baik-baik dan ingin mencari reda ALLAH. Niat mereka ingin berjemaah juga baik, tetapi tolong jangan mengancam nyawa orang lain," ujarnya.