Helikopter PDRM terlibat nahas ketika latihan

Sebuah helikopter jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dinaiki lima kru termasuk juruterbang terbabit kemalangan berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah di Johor pada Khamis.

A
A
A

GELANG PATAH - Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam kemalangan pagi ini ketika menjalani simulasi lintas hormat sempena latihan Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM 2025) berhampiran Sungai Pulai di sini kira-kira 35 km dari Johor Bahru.

Sebuah helikopter jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dinaiki lima kru termasuk juruterbang terbabit kemalangan berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah di Johor pada Khamis.
Sebuah helikopter jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dinaiki lima kru termasuk juruterbang terbabit kemalangan berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah di Johor pada Khamis.

Insiden itu berlaku di perairan berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), iaitu lokasi latihan yang melibatkan empat negara - Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan kemalangan itu melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG.

Menurut CAAM helikopter berkenaan yang dikendalikan oleh PDRM telah berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada 9.51 pagi dan membawa lima penumpang termasuk juruterbang.

Wartawan Bernama yang berada di lokasi bagi membuat liputan program turut menyaksikan sendiri kejadian tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!