Lima sekeluarga dibelasah hingga mati kerana dituduh amalkan ilmu hitam

Majoriti wanita dibunuh oleh golongan pentaasub kepercayaan karut. Foto Agensi
Majoriti wanita dibunuh oleh golongan pentaasub kepercayaan karut. Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Lima sekeluarga maut dibelasah penduduk kampung dalam satu kejadian menggemparkan.

Menurut polis, mayat kesemua mangsa termasuk tiga wanita turut dibuang di sebuah tasik selepas penduduk kampung menuduh keluarga itu mengamalkan ilmu hitam susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki.

"Seramai tiga suspek telah ditahan dan mengaku melakukan jenayah tersebut. Pelaku utama mendakwa salah seorang mangsa menyebabkan kematian anak lelakinya," ujar jurucakap pihak berkuasa di negeri utara Bihar di India pada Selasa.

Kesemua mereka merupakan komuniti puak Oraon yang masih taasub dengan kepercayaan karut.

Difahamkan, beberapa negeri termasuk Bihar telah memperkenalkan undang-undang untuk mengekang perbuatan jenayah terhadap individu yang didakwa terlibat ilmu hitam.

Data Biro Rekod Jenayah Negara menunjukkan lebih 1,500 mangsa yang majoritinya ialah wanita dibunuh antara 2021 dan 2021. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!