Sungai Korok: Terima kasih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Ahmad Zahid mendengar penerangan daripada Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba l, Ahmad Aminuddin Abd Rahim selepas menziarahi Putri Qisya Nur Izzat,12, di rumah neneknya di Kampung Bohor Karang, Jerlun pada Selasa. Foto Bernama
Ahmad Zahid mendengar penerangan daripada Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba l, Ahmad Aminuddin Abd Rahim selepas menziarahi Putri Qisya Nur Izzat,12, di rumah neneknya di Kampung Bohor Karang, Jerlun pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

TRAGEDI yang meragut nyawa enam sekeluarga di Sungai Korok dekat Jitra, Kedah cukup menyayat hati.

Membaca laporan berita sebegini yang mendapat liputan meluas termasuk pelbagai perkongsian di media sosial, membuatkan jantung Merak Jalanan berdegup kencang.

Enam mangsa terbabit adalah pasangan suami isteri dan empat anak mereka berusia enam bulan hingga 9 tahun.

Dilaporkan, ahli keluarga yang berada di lokasi menangis ketika jasad mangsa diangkat seorang demi seorang. Remuk hati Merak Jalanan membacanya!

Susulan kejadian itu, penduduk kampung menggesa langkah keselamatan segera diambil kerana tidak mahu kejadian sama terus berulang.

Penduduk dakwa kawasan itu kerap berlaku kemalangan disebabkan jalan yang gelap selain kisah mistik di sepanjang laluan sungai. Tiada penghadang jalan juga jadi penyebab, kata mereka.

Jika sudah kerap sangat berlaku kemalangan di kawasan sama namun keadaan jalan terus dibiarkan bergelap dan tiada usaha pasang penghadang jalan, tentulah rasa pelik. Apa sebenarnya yang berlaku?

Namun Merak Jalanan puji langkah pantas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan kerajaan akan meneliti cadangan pemasangan lampu jalan dan pembinaan penghadang di laluan Sungai Korok susulan insiden menyayat hati ini. Maklumat itu katanya akan disampaikan kepada menteri berkaitan untuk tindakan segera.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya, beliau akan berusaha memastikan pemasangan lampu dilakukan di kawasan gelap lain juga.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan doakan, selepas diteliti sebaiknya, pastikanlah penambahbaikan prasarana ini benar-benar dilakukan kerana ia melibatkan soal keselamatan.

Tolak tepi kisah mistik, ambil dahulu langkah sewajarnya kerana hal ini melibatkan soal nyawa!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!