'Rupanya arwah suami isteri peniaga roti canai' - Video tular cetus simpati warganet

Tangkap layar video menerusi perkongsian di Thread
Tangkap layar video menerusi perkongsian di Thread
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebuah video memaparkan pasangan suami isteri dipercayai antara mangsa tragedi di Sungai Korok, Jitra baru-baru ini tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan farisha.ezara di laman Thread, pasangan tersebut didakwa sebagai peniaga roti canai di sebuah medan selera di Kedah.

“Rupanya arwah suami isteri yang terkorban enam anak-beranak ialah peniaga roti canai di medan selera tepi hospital lama Alor Setar. Al Fatihah,” katanya.

Tangkap layar video menerusi perkongsian di Thread
Tangkap layar video menerusi perkongsian di Thread

Berdasarkan ruangan komen di perkongsian berkenaan, warganet menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa.

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang mana rata-ratanya menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa.

Salah seorang pengguna Thread, mama_raiqal berkata, dia turut bersedih dengan berita mengenai insiden tersebut.

“Allahuakbar, sedih dengan berita ini. Al-Fatihah buat semua mangsa dan salam takziah buat anak yang tinggal serta seluruh keluarga,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tangkap layar video menerusi perkongsian di Thread
Tangkap layar video menerusi perkongsian di Thread

Pengguna Thread lain, wanieda_, berkata, dia mengunjungi kedai pasangan berkenaan sebelum ini untuk memakan hidangan roti canai mereka.

“Pernah makan roti canai (di kedai) mereka, memang sedap. Al-Fatihah,” menurutnya.

Seorang lagi pengguna Thread, mnasirjtr turut memuji usaha pasangan tersebut dalam mencari rezeki halal untuk keluarga.

“Rezeki halal titik peluh sendiri. Semoga ALLAH tempatkan roh kesemua mereka bersama orang-orang yang beriman,” ulasnya.

Dalam video berkenaan, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, berkata, dia bersama suaminya berniaga Nurulzim Roti Canai.

"Kami sudah lama berniaga roti canai. Kami pun pindah randah banyak tempat dah.

"Sekarang ini kami meniaga di medan hospital Alor Setar lama, sebelah sungai.

"Gerai kami bukan sekadar roti canai je lah. Kami jual macam-macam. Tosai, capati, banggali pun ada.

"Kalau nak roti sardin ke roti dol ke kita boleh buat. Nak banjir pun boleh. Macam mana pun boleh," katanya.

Menurutnya, doh roti canai dibuat dan diuli sendiri.

"Orang Alor Setar ini kalau nak mari makan roti canai, kena pedas sikit kuah dia. Mereka boleh 'lajak' makan kan.

"Pelanggan kami banyak staf hospitallah dan juga orang yang datang hospitallah," katanya.

Katanya, roti canai dijual dengan harga murah RM 1.20 sekeping.

"Tak mahal sangat. Kami jual di sini pun murah je.

"Orang berniaga ini ada dua jenis. Satu, memang khusus nak kayalah. Satu lagi, cuma nak sambung kehidupan.

"Kami yang kedualah. Janji dapat teruskan kehidupan," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!