Tragedi Sungai Korok: 'Moga ALLAH beri kekuatan demi Putri Qisya'

Gambar dan kata-kata yang dimuat naik menggambarkan perasaan sedih dan sayu atas kehilangan enam sekeluarga itu.
Gambar dan kata-kata yang dimuat naik menggambarkan perasaan sedih dan sayu atas kehilangan enam sekeluarga itu.
A
A
A

ALOR SETAR - "Moga ALLAH berikan kekuatan untuk saya terus kuat demi anak abang yang lagi seorang ni, Putri Qisya".

Demikian luahan Nur Adliah Syuhada Ishak, 26, adik kepada Mohamad Azim Izat, 32, yang meninggal dunia bersama isteri, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak mereka selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam Sungai Korok pada Sabtu.

Mangsa yang terkorban termasuk Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan Tuah Haydar, enam bulan.

Kejadian hanya disedari pada Isnin selepas bumbung kereta jenis Proton Iswara yang digunakan enam beranak itu, terapung di permukaan sungai.

Putri Qisya Nur Izzat, 12, adalah satu-satunya anak pasangan terbabit yang masih tinggal dan terselamat daripada insiden kerana ketika itu berada bersama neneknya di Jerlun serta tidak mengikuti kedua ibu bapa dan empat adik ke rumah saudara mereka di Taman Aman, Jitra.

Luahan Nur Adliah Syuhada itu dimuat naik di Facebook miliknya berserta kata-kata lain yang menggambarkan perasaan sedih dan hiba atas kejadian yang menimpa keluarga berkenaan.

Gambar kenangan Nur Adliah Syuhada (kanan) bersama keluarga arwah abangnya.
Gambar kenangan Nur Adliah Syuhada (kanan) bersama keluarga arwah abangnya.

"Ya ALLAH tanpa aku jelaskan, Engkau pun sudah tahu apa yang aku rasakan saat ini, maka dari itu kuatkanlah aku.

Artikel Berkaitan:

"MashaALLAH sayu hati saat ini. Macam tak sangka semua ni berlaku padahal malam tu kami makan nasi sembang bergelak macam biasa huhu.

"Kematian yang sangat dicemburui, seluruh Malaysia mendoakan abang sekeluarga. Hebat abang sekeluarga.

"Cadak (Nur Adliah Syuhada) janji Cadak dan Fahmy akan tepati janji untuk jaga anak abang insya-ALLAH," tulisnya.

Menurutnya, keperibadian pasangan itu sangat baik serta sentiasa ada bersama mereka termasuk ketika susah dan senang.

"Moga Syurgalah sebaik-baik ganjaran buat abang dan keluarga. Kalau kat dunia ni pun ramai yang membantu, ramai yang mendoakan, inikan pula disana. Cadak dan Fahmy saksi atas segala kebaikan hampa," tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!