DUN Selangor lulus penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran

Persidangan DUN Selangor Ke-15 berlangsung di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini pada Selasa. 
Persidangan DUN Selangor Ke-15 berlangsung di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini pada Selasa. 
A
A
A

SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) bagi memperkasakan program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) di negeri ini.

Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, penubuhan KWA-KTK adalah penting bagi mengelakkan tindakan kerajaan negeri dianggap tidak serius atau dipandang enteng oleh pengusaha yang membina kilang di kawasan tidak sesuai.

Menurut beliau, kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah menyediakan semua data berpusat yang membolehkan pelaksanaan penguatkuasaan dan pemulihan dilakukan dengan lebih tersasar dan berasaskan fakta.

Suee Lim
Suee Lim

“Untuk rekod, setakat 30 Jun lalu, sebanyak 4,305 aduan berkaitan KTK telah direkodkan di seluruh Selangor,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Resolusi Penubuhan Kumpulan Wang Amanah di bawah Seksyen 10 Tatacara Kewangan 1957 bagi KWA-KTK semasa persidangan DUN Selangor ke-15 di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Suee Lim ketika membentangkan usul tersebut berkata, penubuhan KWA-KTK antara lain bertujuan menampung perbelanjaan aktiviti yang melibatkan bayaran dan kos pelaksanaan tindakan penguatkuasaan ke atas tanah hak milik dan tanah kerajaan negeri yang terlibat secara langsung dengan kilang-kilang tanpa kebenaran.

“Ia juga bertujuan menampung perbelanjaan bagi mengadakan program libat urus dan publisiti yang berkaitan secara langsung dengan matlamat Kumpulan Wang Amanah tersebut serta lain-lain aktiviti yang turut melibatkan kilang-kilang tanpa kebenaran di Selangor,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!