Agensi Cuaca Indonesia beri amaran ombak setinggi 6 meter di perairan Pulau Bali

Pulau Bali. - Foto 123rf
Pulau Bali. - Foto 123rf
A
A
A

JAKARTA – Sebuah pejabat cawangan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) di Bali mengeluarkan amaran pada Isnin mengenai ombak berbahaya dijangka mencapai ketinggian sehingga enam meter berkemungkinan memberi kesan terhadap aktiviti pelayaran di perairan sekitar Pulau Bali dari Selasa hingga Jumaat.

Lapor Xinhua, Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Wilayah Bali yang merupakan unit pelaksana teknikal BMKG memaklumkan, ombak besar boleh berlaku di semua perairan yang mengelilingi Pulau Bali.

Menurut laporan media tempatan, ombak paling tinggi sehingga enam meter dijangka berlaku di perairan pantai selatan.

Pusat wilayah itu juga menasihatkan orang ramai supaya berwaspada berikutan potensi peningkatan kelajuan angin di kawasan tersebut, yang boleh mencetuskan ombak besar dan membawa risiko serius terhadap aktiviti maritim.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!