Sukarelawan APM maut rempuh MPV

Sukarelawan APM maut selepas motosikal dirempuh Toyota Innova di Lebuh Ayer Keroh, Melaka - Gambar hiasan
Sukarelawan APM maut selepas motosikal dirempuh Toyota Innova di Lebuh Ayer Keroh, Melaka - Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Lebuh Ayer Keroh berdekatan Penjara Dusun Dato’ Murad di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asistan Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku pada jam 12.45 tengah hari dan mangsa Akmal Aniq Mohamed Ariff, 22, disahkan meninggal dunia pada jam 3.40 petang di Hospital Melaka akibat kecederaan dalaman.

"Kemalangan berlaku apabila lelaki berusia 41 tahun yang memandu Toyota Innova dari arah Ayer Keroh ke lampu isyarat Muzaffar Shah dilanggar mangsa dari arah belakang di lorong susur jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!